Bazar Raya Nadi Batang Maro 2026

15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2026 yang lalu, program Bazar Raya NADI telah berjaya dianjurkan dengan meriah bagi memupuk semangat komuniti serta menyemarakkan sambutan Aidilfitri dalam kalangan penduduk setempat. Program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua lapisan umur. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kidsventure yang menyediakan ruang pembelajaran yang interaktif bagi merangsang kreativiti serta keyakinan kanak-kanak dalam bidang perniagaan. Selain itu, program NADIpreneur dan EmpowerHer turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan kecil dan golongan Wanita tenang peluang perniagaan, kemahiran keusahawanan serta pemerkasaan diri.

Tidak ketinggalan pihak NADI juga turut menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan againgaan kesihatan. Akhir sekali, penyampaian cenderahati untuk peserta dan usahawan yang telah bertungkus lumus berniaga di Bazar Raya NADI kali ini. Secara keseluruhannya, penganjuran Bazar Raya NADI bukan sahaja merancakkan aktiviti ekonomi setempat , malah mengeratkan hubungan silaturrahim dalam komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali